• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Tingkat Pendapatan Penoreh 2 Minggu Lagi

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Cadangan bagi meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar khususnya penoreh getah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan akan dibentangkan dalam masa dua minggu lagi, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Menangani Kos Sara Hidup peringkat kementeriannya yang bermesyuarat Jumaat lepas untuk memperincikan cadangan itu, katanya.

“Kos sara hidup dirasai oleh penduduk luar bandar termasuklah penoreh-penoreh getah yang mempunyai kebun sendiri dan yang menoreh di tanah milik orang lain. Pada masa ini, ada pendapatan penoreh hanya RM500 sebulan.

“Sebab itulah kita menubuhkan Jawatankuasa Menangani Kos Sara Hidup yang akan memberi fokus untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Jawatankuasa itu dianggotai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), katanya.

Ismail Sabri berkata bagi penoreh yang tidak memiliki tanah, kementerian akan mencari jalan supaya mereka dapat menanam sayur berhampiran rumah masing-masing atau di tanah-tanah kosong yang tidak dimiliki sesiapa serta tanah-tanah terbiar.

“Bagi penoreh yang memiliki kebun getah sendiri, kementerian telah mengenal pasti beberapa produk pertanian untuk diusahakan dalam kebun getah mereka,” katanya.

Terdapat kira-kira 360,000 penoreh getah di seluruh negara.

Ismail Sabri berkata kementerian mempunyai dua perancangan iaitu pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar bagi menangani kos sara hidup.

“Bagi perancangan jangka pendek, kementerian akan lihat pada tanaman, ternakan atau ternakan air yang hanya perlu menunggu tiga bulan untuk menjual hasil. Perancangan jangka panjang, kementerian akan mengkaji pendekatan lain,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]p1DWpwlHyEg[/wpdevart_youtube]

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd