• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Elak “Penang Tunnel” Dibincang Di Mahkamah

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat tawaran sebanyak dua kali kepada Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi supaya kes saman fitnah membabitkan isu “Penang Tunnel” tidak diteruskan di Mahkamah Tinggi Georgetown.

Nasrudin berkata, peguamnya ditawarkan penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak plaintif (Guan Eng) pada pukul 9.30 pagi ini dengan menuntut supaya beliau meminta maaf kepada Guan Eng berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?” pada 6 Ogos 2014.

“Saya mengambil keputusan untuk solat dua rakaat bagi memohon petunjuk Allah. Pukul 10.20 pagi saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan memohon maaf dan mengarahkan peguam saya agar melalui perbicaraan kes saman.

“Pukul 10.30 pagi, sekali lagi saya dipanggil untuk selesaikan kes sebagai rundingan di luar mahkamah di kamar hakim secara mediasi, namun saya menegaskan bahawa saya tidak akan memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, rundingan diteruskan dan pada pukul 11.05 pagi kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian menerusi rundingan di luar mahkamah tanpa beliau memohon maaf dan tidak memanjangkan kes berkenaan.

“Pada pukul 11.30 pagi, hakim memutuskan penyelesaian kes dicapai di luar mahkamah dengan memerintahkan kos mahkamah sebanyak RM10,000 ditanggung oleh defendan,” katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini menggugut mahu menyaman Nasrudin kerana mendakwa pemimpin PAS itu memfitnah beliau berhubung isu projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus.

Bagaimana beliau membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah atas sebab-sebab tertentu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]blgL4NaCjKc[/wpdevart_youtube]

Tags: Nasrudin Hassan Tantawisaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd