ADILKAH? Naruto, seekor monyet yang popular kerana pandai mengambil gambar selfienya sendiri  tidak diberikan hak milik ke atas gambar-gambarnya atas alasan ianya adalah seekor haiwan, bukan manusia.
Hakim Daerah Amerika Syarikat William Orrick yang memutuskan demikian berkata, Kongres tidak meluluskan undang-undang hak milik kepada haiwan sekaligus bermaksud, monyet itu tidak dapat mengawal hak milik gambar-gambarnya dan memperoleh hasil keuntungan daripada penerbitan gambar-gambar tersebut.
Keputusan dibuat selepas satu tuntuntan mahkamah yang pertama seumpamanya, difailkan oleh Persatuan Layanan Beretika Terhadap Haiwan (PETA).

PETA meminta mahkamah mengarahkan agar mereka dibenarkan mewakili monyet itu dan dibenarkan mengurus semua hasil keuntungan daripada gambar-gambar selfie yang diambil bagi memberikan manfaat kepada haiwan berkenaan.
Gambar-gambar selfie Naruto kini menjadi viral selepas disebarkan banyak pihak di Internet termasuk Wikipedia.
Peguam PETA, Jeff Kerr bagaimanapun berkata pertubuhan itu akan terus memperjuangkan hak asasi Naruto. – MYNEWSHUB.CC


