• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Dengan Propaganda Pembangkang

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Rakyat Sarawak diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan retorik dan propaganda pemimpin parti pembangkang dari Semenanjung menjelang Pilihan Raya Negeri ke-11 akan datang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh berkata pemimpin pembangkang berkenaan mendakwa kedatangan mereka ke negeri ini kononnya untuk membawa perubahan dan rakyat perlu memberikan sokongan mereka.

Beliau berkata rakyat perlu menyedari bahawa hanya perubahan dibawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang perlu disokong kerana dilakukan secara sistematik di seluruh negeri termasuk di luar bandar.

“Jangan percaya atau jangan biarkan kita dikelirukan bahawa kita perlu menerima perubahan. Ya, memang kita perlukan perubahan tetapi perubahan itu mesti datang secara sistematik daripada kerajaan negeri seperti mana sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menutup Program Sejiwa Senada peringkat bahagian Sibu di sini malam tadi.

Wong berkata perubahan juga mesti diketuai oleh pemimpin berpengalaman (seperti Adenan) dan bukannya oleh pemimpin yang hanya berangan-angan untuk mencapai kepentingan peribadi.

Beliau berkata Sarawak tidak memerlukan budaya politik yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dari Semenanjung.

Katanya rakyat negeri itu perlu memberi sokongan padu kepada Adenan bagi membolehkan beliau menerajui dan meneruskan perubahan dan agenda pembangunan yang telah dirancang untuk manfaat rakyat.

Menurutnya, sepanjang tempoh kira-kira dua tahun menerajui Sarawak, Adenan telah membuat 50 polisi dan keputusan yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini termasuk di luar bandar.

“Pada persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri) Mei tahun lepas, Ketua Menteri memohon peruntukan RM500 juta untuk transformasi kawasan luar bandar manakala persidangan DUN pada Disember beliau memohon tambahan RM500 juta lagi untuk tujuan yang sama,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]iTfCaOd8BdE[/wpdevart_youtube]

Tags: pembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd