• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendingin Hawa Berpusat Hospital Selayang Dijangka Pulih Rabu

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sistem pendingin hawa berpusat di Hospital Selayang yang mengalami kerosakan sejak 5 petang Khamis lepas (14 Jan), dijangka berfungsi semula seperti sediakala pada Rabu (20 Jan).

Menyatakan demikian, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sistem akibat kerosakan pada salah satu daripada empat ‘chiller’, sedang giat dijalankan.

“Pihak pengurusan Hospital Selayang akan sentiasa memantau rapi keadaan suhu di semua lokasi kritikal serta lain-lain lokasi dan kemajuan kerja-kerja pembaikan oleh Perkhidmatan Sokongan Hospital (Radicare),” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pesakit, pelawat dan warga kerja beberapa langkah sedang diambil oleh pihak pengurusan hospital.

Antaranya ialah kes pembedahan bukan kecemasan/elektif pada 15 dan 16 Jan terpaksa ditangguhkan dan dijadualkan semula, katanya.

Jelas beliau, alat pendingin hawa mudah alih dibekalkan ke dewan-dewan bedah dan unit-unit kritikal dan juga kipas di tempat-tempat tertentu supaya persekitaran berada pada suhu ditetapkan.

Sehingga kini, katanya 19 buah pendingin hawa mudah alih, 50 kipas dan lima cooler telah diagihkan dan 25 pendingin hawa mudah alih tambahan akan diagihkan dalam jangka masa terdekat.

Dr Noor Hisham berkata, bagi mengelakkan penangguhan jadual pembedahan elektif pada minggu depan, sistem pendingin hawa berpusat akan disalurkan secara optimum melalui kaedah ‘load shedding’ supaya keadaan suhu lebih stabil di kawasan-kawasan kritikal seperti dewan-dewan bedah, dewan bersalin dan Unit Rawatan Rapi.

Katanya, penyewaan dua chiller baharu yang dipasang hari ini dijangka berfungsi pada 19 Jan (Selasa). – BERNAMA

Tags: hospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd