• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Berkongsi Berita Bangkitkan Kegusaran Orang Ramai

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut secara spesifik tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas di negara ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kenyataan media Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat lepas hanya menyebut bahawa polis akan mempertingkat pengawasan dan kawalan keselamatan di tempat tumpuan awam bagi menjamin keselamatan masyarakat.

Susulan itu, timbul pelbagai kenyataan di media sosial yang menyebut secara khusus beberapa tempat yang kononnya telah disahkan menjadi sasaran kumpulan pengganas untuk melakukan serangan di Malaysia.

“PDRM memandang berat penyebaran berita sebegini kerana ia telah membangkitkan kegusaran dan ketakutan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dan berhenti daripada berkongsi berita yang boleh membangkitkan keresahan, khususnya yang bukan dikeluarkan oleh agensi keselamatan negara,” kata Asmawati.

Khamis lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan maut dalam insiden letupan bom dan tembakan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jakarta.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini menghubungi polis mengenai penemuan dua beg yang ditinggalkan di bawah kerusi tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata anggota Unit Pemusnah Bom dikejarkan ke lokasi dan pemeriksaan mendapati kedua-dua beg itu mengandungi pakaian.

“Pemilik beg merupakan dua pelancong wanita warga Korea Selatan. Mereka meninggalkan beg itu kerana hendak membeli-belah sebelum datang semula mengambilnya kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainol berkata polis berpuas hati dengan hasil pemeriksaan dan soal siasat yang dilakukan dan melepaskan mereka. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]b7Qxvx5v08U[/wpdevart_youtube]

Tags: berita palsupolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

40,000 Pelajar Akan Terima Bantuan Persekolah Mulai Isnin

Next Post

Kuil Batu Caves Mula Jadi Tumpuan Ribuan Penganut

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Kuil Batu Caves Mula Jadi Tumpuan Ribuan Penganut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd