• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hai ‘Pelajar Manja’ Sekalian, Ada Mesej Penting Buat Anda!

oleh AK-47
22/01/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKARA panas yang akhir-akhir ini mendapat perhatian pengguna media sosial sudah tentunya kes pelajar universiti dilaporkan terpaksa ‘tahan lapar’ ekoran kesempitan wang apabila tak banyak baki yang tinggal selepas pinjaman pendidikan diguna untuk membayar keperluan pengajian.

Kebanyakannya cenderung menyalahkan kos sara hidup kini yang kian meningkat hingga menjejaskan ekonomi semasa sekaligus menyusahkan rakyat termasuk golongan pelajar.

Bagaimanapun, ada juga yang berasakan sebilangan pelajar zaman sekarang dilihat terlalu ‘manja’ dan ‘mengada-mengada lebih’.

Kami pasti ramai pelajar yang marah, tidak setuju dan menafikan pandangan berkenaan namun dalam sesetengah situasi itulah perkara pahit yang perlu mereka sedar dan telan.

Di sebuah ruangan media sosial, seorang pelajar IPT tempatan menzahirkan rasa marahnya tentang sikap segelintir pelajar universiti sekarang yang tidak bijak menguruskan perbelanjaan dan sudahnya, alami masalah kewangan dan mula menyalahkan pihak lain.

Pengguna Facebook Mohammad Asyraf Khalib menulis:

lapo

Pelajar universiti terpaksa berlapar dan makan megi sambil layan facebook guna iphone 6, update instagram di kafe hipster dengan baju dari butik mewah bersama pasangan yang menagih janji untuk menonton Dilwale di tempat duduk khas, mewah, privasi supaya nanti saat filem dimainkan kalian boleh raba raba dan cium pipi.

Hujung bulan bila duit tak cukup nak beli walau sebungkus megi, sekali lagi kau ambil gambar makan megi kongsi dan menghentam sekalian hartawan yang menaja pasukan bola sepak negeri dengan alasan kau lebih perlu tapi mereka tak peduli.

Lantas muncul agamawan, menteri dan beberapa netizen yang peduli berbalah hebat juga di fb (hehe) kemudian mengkaji dan meneliti fenomena ini lalu setengah daripada mereka sedia mengeluarkan dana khas untuk menyediakan paling tidak sebungkus nasi untuk perut kosong kau isi.

Tapi nasi tak hipster mana kau peduli. Kalau boleh nak yang warna warni ada lampu raya berkelip kelip menghiasi pinggan nasi.

Di suatu sudut yang lain, wujud sekelompok jawatankuasa fakulti menganjurkan program pelajar yang berlambak di universiti dan mereka menawarkan makanan percuma tapi malang terpaksa menagih simpati dengan dialog,

‘Awak tolonglah join program kami, ada kupon kolej dan makanan free’

Hairan bagi sekian makhluk yang suka cakap tak cukup makan kat Facebook ni lebih megah berlalu pergi dan lambai saja sedangkan kalau kau join program bukan setakat megi, air kotak, buah Epal, malah ada ketika nasi Arab special orang bagi.

Aku tak pertikaikan ada pelajar susah, tapi biasanya yang betul tak cukup makan ni dia diam dan cuba cari jalan nak urus diri. Malah, di setiap program pelajar dialah yang munculkan diri dan melambai penuh gaya. ‘Hai i join program you lagi!’.

Yang sibuk melalak dengan status penuh hadis dan sekian banyak akta untuk mempertahankan diri ni eh semalam bukan baru lepas upload makan kepci dekat seksyen 7 sebelah pizza hut dengan caption ‘sekali sekala lepak sini cuci mata lagi’?

Wahaiiii insan lapar, semoga kau ingat ada lagi orang lain yang walau sekali pun dia susah nak jejak kaki makan kepci tapi dia sedar diri lalu bersosialisasi dengan sekian ramai manusia di universiti kerana dia tahu sebenarnya banyak lagi saluran di peringkat universiti sendiri untuk pastikan engkau tidak mati kebulur dan kurus melidi.

InshaaAllah dengan penjelasan baik dan murni, serta kesediaan diri untuk join aktiviti, kau boleh hidup berdikari tanpa perlu mengeluarkan caci maki.

Jom jadi bijak. Jadilah seperti Rashid. Haha jaga diri, belajar rajin rajin. InshaaAllah kelak kita berjaya dan dihargai.

Nota: BUKAN SEMUA mahasiswa sama macam yang diceritakan dalam post ini. Hanya sebilangan kecil sahaja. Barangkali cuma 3/10 (mungkin). Segala isu dan peristiwa yang diselitkan adalah sekadar analogi semata-mata. Maka, yang baik ambillah simpan, yang buruk jadikan sempadan supaya kita tak berbuat perkara sedemikian kelak. Jangan lekas melatah. Moga Allah redha dan ampunkan dosa kita semua.

Amaran: POST INI TIDAK BOLEH apply untuk semua universiti sebab yuran, perbelanjaan dan pinjaman kewangan setiap universiti nyata berbeza. Jika ia tidak berkenaan dengan anda sila abaikan kenyataan umum ini.

Elakkan guna kenyataan ini untuk tujuan mempersenda mana-mana mahasiswa. Ini bukan ruang debat. Kalau ada cadangan cara untuk urus perbelanjaan, nasihat berguna, kata kata semangat untuk kami mahasiswa. Silakan. Mohon dahulukan adab.

Ok.. kami rasa perkongsian ini memang terbaik’ untuk ceritakan situasi sebenar, di sebalik sesetengah kes kononnya pelajar terpaksa tahan lapar seperti dibisingkan sesetengah pihak sebelum ini.

Rancang setiap sen dengan bijak dan paling penting, berbelanjalah dengan ‘mengukur baju di badan sendiri’. – MYNEWSHUB.CC

Tags: media sosialUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd