• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Hotel Bajet Diingatkan Supaya Tak Beri Perlindungan PATI

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengusaha hotel bajet di negeri ini diingatkan supaya tidak menjadikan hotel mereka sebagai tempat perlindungan serta transit pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara (JBU) ACP Mohd Taib Ahmad berkata amaran itu dikeluarkan berikutan pihaknya menahan 47 PATI warga Indonesia di dua hotel bajet dekat Tampoi baru-baru ini.

“Ketika serbuan Jumaat lepas (15 Jan), kesemua PATI yang terdiri daripada 38 lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun itu, didapati bersesak-sesak di dua bilik hotel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Taib berkata ini adalah tangkapan pertama oleh pihaknya yang membuat serbuan setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

“Siasatan awal juga mendapati kesemua PATI yang berusia setahun hingga 50 tahun itu, masuk ke negara ini pada Jumaat lepas pada jam 4 pagi di lokasi yang tidak diketahui,” kata beliau.

Mohd Taib berkata kesemua PATI itu dipercayai dibawa menaiki sebuah bot dari Tanjung Pinang, Indonesia dan seterusnya dibawa ke dua hotel berkenaan setelah tiba di sini sebelum dihantar ke lokasi-lokasi lain dalam negara.

Menurut beliau, setakat ini dipercayai empat individu termasuk warga tempatan dan Indonesia dipercayai terlibat dalam pengurusan kemasukan PATI tersebut.

Beliau berkata individu tempatan dan Indonesia itu bertindak mengenakan setiap PATI bayaran 1.9 juta rupiah (RM605) untuk urusan pengangkutan laut dan lain-lain urusan di negara ini.

Mohd Taib berkata kesemua PATI yang ditangkap antaranya dari Palembang dan Medan itu, disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pindaan 2015.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]NVqaL9iiJXs[/wpdevart_youtube]

Tags: Pati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd