• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Insurans Untuk Pesawah Terjejas Bencana Kini Di Peringkat Kajian

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kajian mengenai skim insurans untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kajian berkenaan yang dilakukan oleh Agro Bank antaranya bagi mencari mekanisme terbaik supaya pelaksanaan skim insurans berkenaan tidak membebankan penanam padi.

“Kita akan mencari mekanisme supaya dari segi pembayaran premium insurans tersebut tidak membebankan petani,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian hasil dan zakat Ladang Merdeka Ismail Mulong di sini, hari ini.

Ahmad Shabery menjangkakan dalam tempoh beberapa bulan ini, beliau akan dapat membentangkan hasil kajian tersebut kepada Kabinet.

“Kita minta syarikat insurans untuk menyambut perkara ini untuk melindungi petani kita dan tidak lagi mereka hanya bergantung (bantuan) kepada dana tabung bencana pertanian yang terhad dan banyak syarat,” katanya.

Ahmad Shabery berkata bagi peringkat permulaan, skim perlindungan insurans itu hanya dikhaskan untuk penanam padi dan menjadi impian beliau untuk memperluaskannya bagi tanaman lain.

Katanya kerajaan sudah melaksanakan skim perlindungan insurans kepada nelayan yang memberi banyak manfaat terutama kepada keluarga apabila nelayan terlibat ditimpa kemalangan semasa di laut.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah membuat persiapan bagi menghadapi musim kemarau berikutan fenomena El Nino untuk menyalurkan air secukupnya di 28,000 hektar sawah di negeri ini.

Katanya usaha itu termasuk menyediakan lebih banyak pam mudah alih untuk menyedut air dari sungai ke sawah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]H1GsKdC1q_g[/wpdevart_youtube]

Tags: Insurans
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

KWSP Benarkan Ahli Guna Akaun 2 Beli Insurans Untuk Keluarga

KWSP Benarkan Ahli Guna Akaun 2 Beli Insurans Untuk Keluarga

05/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pihaknya membenarkan ahli menggunakan dana dalam Akaun 2 mereka untuk membeli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd