• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Asing Ditahan Curi Gamat

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim (DM) 10 Kelantan menahan satu bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara bagi menangkap gamat kira-kira jam 2.05 petang, Rabu lalu.

Pengarah Operasi DM 10 Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, bot nelayan itu dikesan bot Penggalang 18 diketuai Bintara Muda Maritim, Kamazulazman Zakaria pada kedudukan 37.4 batu nautika, di timur Kuala Tok Bali.

Katanya, empat nelayan berusia 25 hingga 56 tahun itu didapati menangkap gamat tanpa kebenaran yang sah.

“Bot itu ditunda ke Jeti Operasi DM 10 untuk pemeriksaan dan tindakan selanjutnya dan tiba jam 8 malam pada hari sama.

“Kita percaya bot itu khusus untuk menangkap gamat kerana kita tidak menemui hasil tangkapan ikan dalam bot berkenaan,” katanya.

Katanya, pihaknya menganggarkan bot itu bernilai RM150,000, tangguk besi RM10,000 dan hasil tangkapan gamat seberat 150 kilogram bernilai RM15,000.

“Nelayan terbabit ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran sah, jika disabitkan dengan kesalahan, tekong boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala awak-awak boleh didenda RM500,000,” katanya.

Ismail berkata, kesemua mereka kini ditahan reman selama 14 hari di Penjara Pengkalan Chepa.

Menurutnya, operasi diteruskan bagi memastikan perairan negara bebas daripada pelbagai aktiviti yang menyalahi peraturan negara termasuk pencerobohan nelayan asing.

“Kita memandang serius penggunaan tangguk besi untuk menangkap gamat ini kerana ia boleh merosakkan kawasan pembiakan ikan sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

“Gamat yang ditangkap mungkin rendah nilainya di negara kita tapi ia dipercayai mendapat permintaan tinggi di Vietnam yang menyebabkan nelayan negara berkenaan sanggup menceroboh perairan negara,” katanya.

Tambahnya, nelayan tempatan perlu terus memainkan peranan dengan melaporkan kes pencerobohan nelayan asing kepada Maritim bagi menjamin kesejahteraan perairan negara. – Sinar Harian Online

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd