• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan GST Tidak Dibincangkan, Kata Najib

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak membayangkan sebarang kenaikan dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata pada peringkat ini, kerajaan mengambilkira kebajikan dan keupayaan rakyat.

“Saya tidak fikir rakyat mempunyai keupayaan untuk menyerap sebarang tambahan atau kenaikan GST…kenaikan GST tidak termasuk dalam perancangan…tidak dibincangkan,” katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan merancang untuk menaikkan GST selepas muncul sebagai penyelamat kedudukan ekonomi dan kewangan negara di peringkat makro.

Malaysia telah memperkenalkan GST pada kadar enam peratus mulai 1 April tahun lepas.

Terdahulu, Najib mempengerusikan tiga mesyuarat iaitu bersama penganalisis ekonomi, peneraju industri dan anggota Jawatankuasa Khas Ekonomi untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai cadangan pengubahsuaian Bajet 2016.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. – BERNAMA

Tags: GSTNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd