• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Antara 3 Ditahan Palsukan Sijil Cuti Sakit

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan sijil cuti sakit hospital kerajaan, dalam serbuan di Dengkil dan Gombak pada 13 Jan lepas.

Selain pasangan berumur 28 dan 50 tahun itu, polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai dalang sindiket itu yang beroperasi sejak setahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor ACP Mohd Sakri Arifin berkata suami isteri itu ditahan di rumah mereka di Sungai Buah, Dengkil manakala dalang terbabit ditahan di sebuah pangsapuri di Gombak.

“Kami memulakan siasatan apabila sebuah syarikat mengemukakan sekeping sijil cuti sakit pekerjanya kepada Hospital Kajang untuk mengesahkan ketulenannya dan setelah disemak, sijil cuti sakit itu sama seperti yang dikeluarkan hospital itu tetapi jumlah hari, nombor siri dan nama doktor berbeza.

“Cuti sakit itu diberi kepada pekerja terbabit selama 14 hari sehingga menimbulkan keraguan pihak syarikat kerana pekerja itu tidak mengalami penyakit serius. Seorang doktor dari hospital itu kemudian membuat laporan polis,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohd Sakri berkata turut dirampas daripada pasangan suami isteri itu ialah 29 keping sijil cuti sakit palsu dan wang tunai RM90 manakala pihaknya turut merampas 100 cop getah pelbagai nama dan tempat serta beratus-ratus keping salinan fotostat sijil cuti sakit dan sijil cuti sakit pelbagai nombor siri disyaki palsu dari dalang sindiket itu.

Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai tidak menjual sijil cuti sakit palsu secara terbuka tetapi melalui orang tengah dengan harga yang berbeza-beza.

“Berdasarkan siasatan, sijil cuti sakit palsu ini dijual dengan harga RM30 sekeping (bagi pelanggan tetap) dan RM100 bagi pelanggan baharu. Itu tidak termasuk jumlah hari cuti sakit di mana sindiket ini akan kenakan bayaran RM30 bagi setiap sehari cuti sakit.

“Nama pada cop getah pula, setelah disiasat, adalah nama-nama doktor yang memang wujud di beberapa hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang. Anggota sindiket ini semak setiap nama doktor di hospital berkenaan,” katanya.

Mohd Sakri berkata ketiga-tiga suspek itu direman sehingga 17 Jan ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 468/472 Kanun Keseksaan.

Pihak polis juga sedang menjejaki baki anggota sindiket berkenaan. – BERNAMA

Tags: CutiSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd