• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Larang Ahli Sertai PasMa, Phahrolrazi Pertikai Keputusan

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, melalui akhbar-akhbar tempatan, Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan kenyataan melarang ahlinya untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) PasMa, singkatan dari Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.

Ironinya, badan NGO tersebut ditubuhkan pemimpin PAS Kedah yang juga merupakan ‘orang kuat’ parti tersebut, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Menurut akhbar Sinar Harian, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pihaknya sedang melakukan pemantauan terhadap sebarang aktiviti yang mampu memporak-perandakan parti, termasuk penubuhan PasMa.

59744_10200290524459818_932501792_n

“Majlis Syura Ulama memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli PAS seperti yang dilakukan oleh NGO yang dinamakan PasMa.” ujarnya kepada akhbar tersebut.

Tambah beliau, langkah efektif bagi mengekang aktiviti tersebut adalah dengan melarang ahli-ahli PAS untuk menyertai PasMa, selaras dengan peringatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 supaya tidak berlaku adanya ‘jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti’.

Melalui kenyataan sama, beliau turut memperingati Badan Perhubungan PAS Negeri untuk membuat laporan andai terdapat sebarang perlakuan seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing.

Namun demikian, kenyataan larangan tersebut mendapat reaksi dari Presiden PasMa sendiri, Datuk Phahrolrazi Mohamad Zawawi.

Melalui laporan The Malaysian Insider hari ini, Datuk Phahrolrazi mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang melarang ahli PAS menyertai sebarang aktiviti dianjurkan PasMa.

Phahrolrazi

“Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan sebarang kuasa eksekutif,” ungkap beliau merujuk kepada Nik Muhammad Zawawi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor itu, hanya Jawatankuasa PAS Pusat yang berhak untuk menentukan sebarang keputusan kerana badan eksekutif tersebut telah diamanahkan parti. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: PASPASMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd