• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Teluk Intan Kutip Kompaun Lebih RM500,000 Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan mengutip kompaun berjumlah RM503,340 sepanjang tahun lalu hasil pelbagai operasi ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) atau majikan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ketua Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata kutipan kompaun itu diperoleh menerusi 32 operasi melibatkan tangkapan 212 warga asing dan 14 majikan warga tempatan.

Katanya kutipan kompaun tahun lalu itu meningkat 50 peratus berbanding RM284,300 yang dikumpul pada tahun 2014 dan RM70,320 dikutip pada 2013.

“Kutipan itu juga disumbang susulan pemeriksaan keluar masuk pendatang di kaunter Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang yang dahulunya dikenali Jeti Pelabuhan Ghadaf Marble,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Khairul Anuar berkata pihaknya komited untuk mencegah kemasukan PATI walaupun mempunyai kekangan dari segi anggota demi menjaga keselamatan penduduk tempatan.

“Walaupun Bahagian Unit Penguatkuasa Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan ini kekuatannya hanyalah seramai tujuh orang, namun kita serius membanteras PATI yang membawa masalah terutama dari aspek kebersihan dan keselamatan,” katanya.

Tambahnya, dalam operasi membanteras PATI semalam, seramai 13 PATI ditahan di sekitar Langkap dekat sini kerana melakukan pelbagai kesalahan dan telah dibawa ke depoh tahanan sementara Imigresen di Langkap.

Selain mengenakan kompaun, Khairul Anuar berkata pihakya turut mengambil pendekatan menyenaraihitamkan dan mengusir PATI yang ditahan.

Langkah tersebut lebih ekonomik dan berkesan kerana PATI tidak perlu dimasukkan ke dalam penjara sehingga menyebabkan kerajaan menanggung kos sara hidup mereka, katanya. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd