• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Tak Keluar Lesen Premis Baharu Kepada Peniaga Vape

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tidak mengeluarkan lesen premis baharu kepada peniaga rokok elektronik atau vape di negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam,
Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata setakat ini, PBT di Perak mengeluarkan lesen kepada 23 premis menjual vape.

“Saya dimaklumkan sudah ada 23 premis yang telah diberikan lesen dan kita sedang melihat bagaimana untuk berurusan dengan pemilik premis ini.

“Kita perlu melakukan perkara ini agar selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Sihat Tanpa Vape’ peringkat negeri Perak di Dewan Banquet, Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Dr Mah berkata kerajaan negeri mengambil langkah sedemikian, sehingga mendapat keputusan muktamad berhubung isu rokok elektronik atau vape daripada kerajaan persekutuan dan Kementerian Kesihatan.

“Sepanjang kita menunggu keputusan muktamad (daripada Kementerian Kesihatan dan Kabinet), kita mengarahkan agar PBT tidak mengeluarkan lesen baharu kepada peniaga vape,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Perak (Farmasi), Mohd Yunos Shaari berkata penjualan cecair vape mengandungi nikotin hanya boleh dijual atau dibekalkan oleh pemilik farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk kegunaan terapeutik mengikut Akta Racun 1952.

“Ini bermakna cecair yang mengandungi nikotin tidak boleh dijual oleh pihak lain.

“Oleh itu, mereka yang menjual barang mengandungi nikotin perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Kawalan Dadah tetapi tiada seorang pun peniaga vape atau rokok elektronik di negeri ini telah berbuat demikian,” katanya.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie pula berkata unit farmasi jabatan itu tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen di bawah Akta Racun untuk peniaga rokok elektronik atau vape di Perak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]NDDS3yrpgSs[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd