• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Satu Keluarga Kantoi Cuba Curi Tabung Masjid

oleh AK-47
14/01/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi seorang lelaki yang kantoi ingin mencuri tabung di masjid Jamek Paka, Terengganu tersebar menerusi media sosial.

Tidak diketahui waktu dan tarikh sebenar kejadian tersebut, namun menurut netizen, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pada minggu lalu sekitar jam 11 pagi.

Menerusi video, seorang lelaki yang dilihat memandu kereta jenis Proton Perdana bernombor pendaftaran JGV 1888, keluar dari kenderaannya bersama dengan beberapa individu lain yang dipercayai adalah ahli keluarganya.


Curi tabung masjid bawa keluarga sekali oleh mynewshub

Kelibat wanita yang dipercayai isterinya seperti sudah dirancang apabila wanita terbabit menuju ke bahagian solat wanita bersama anak perempuannya.

Manakala suspek bersama anak lelakinya menuju ke bahagian solat lelaki bagi melakukkan dua ‘tugasan’ serentak.

Tidak beberapa lama kemudian, suspek dilihat sedang cuba membuka peti tabung masjid setelah melakukan tinjauan di kawasan berkenaan bagi memastikan keadaan ‘selamat’.

Bagaimanapun, suspek gagal berbuat demikian setelah perbuatannya itu berjaya disedari oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai bernama Pak Awang.

Suspek yang cemas pada mulanya telah disoal oleh lelaki berusia 50-an terbabit, namun gerak gerinya yang mencurigakan telah ‘dihadiahkan’ sepakan .

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai polis berdekatan berkenaan perkara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: facebookmasalah moral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd