• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Petunjuk Baharu Dalam Siasatan Kes Tembak

oleh Ahmad Albab
13/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis belum menemui sebarang petunjuk baharu dalam siasatan kes tembak mati seorang lelaki di Jalan Long Bridge di sini Sabtu lepas, yang dikaitkan dengan aktiviti kongsi gelap terutama dadah.

Sehingga kini, dua lelaki yang masih dikenakan tahanan reman belum mendedahkan apa-apa tetapi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata pihaknya akan membuat siasatan terperinci untuk menyelesaikan kes itu.

“Kami akan siasat daripada pelbagai sudut dan tidak akan menolak sebarang kemungkinan sehingga kes ini diselesaikan,” tegasnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sini hari ini.

Ini, katanya termasuk dakwaan yang disebarkan di laman sosial yang mendakwa insiden berkaitan dengan perebutan kawasan dadah.

“Khabar angin tetap khabar angin dan kami tidak boleh menerima begitu sahaja. Apa yang disebarkan di media sosial sering menimbulkan masalah kerana kebanyakannya tidak benar. Namun kami tetap perlu menyiasatnya,” katanya.

Dev berkata polis menganggap insiden itu sebagai kes berprofil tinggi tetapi memberi jaminan kepada orang ramai, yang kurang senang dengan keadaan itu, Sibu masih kawasan yang selamat.

Katanya bagi tempoh dua tahun terakhir, terdapat 11 kes bunuh tetapi tidak membabitkan kumpulan atau senjata api, sekali gus menjadikan kejadian Sabtu lepas sebagai kes terpencil.

“Malah Polis Sibu melakukan tugas dengan cukup baik untuk mengurangkan kadar jenayah di sini. Tahun lepas, indek jenayah adalah 869 kes berbanding 1,245 kes pada 2014, iaitu pengurangan 30 peratus,” katanya.

Daripada 869 kes itu, 782 membabitkan jenayah harta benda dan hanya 87 peratus jenayah kekerasan.

Beliau juga mengakui Op Cantas yang dilancarkan pada 11 Jan oleh 20 pegawai dan 92 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD Sibu adalah untuk menghalang sebarang tindak balas daripada mana-mana kumpulan susulan kes tembak Sabtu lepas.

“Selain itu, ia juga bagi menekan samseng tempatan dan aktiviti perniagaan haram mereka dengan memberi tumpuan kepada premis hiburan, arked permainan atau tempat yang sering dikunjungi mereka,” katanya sambil menegaskan ia menunjukkan polis memandang serius perkara itu.

Menurutnya polis juga akan menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap samseng tempatan yang terbabit dengan jenayah kekerasan dan sepanjang tahun lepas, 35 daripada mereka ditahan mengikut akta itu.

Dev berkata Op Cantas akan diteruskan sehingga sambutan Tahun Baru Cina nanti dan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu untuk menghubungi Balai Polis Sibu Sentral di talian 084-336144 atau datang sendiri ke mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam insiden pukul 11.09 malam Sabtu lepas, mangsa bersama teman wanitanya dari China, Xiao Fen, 22, dua pengawal peribadi dan dua rakan lain baru mahu meninggalkan restoran selepas makan, apabila sebuah Toyota Hilux putih berhenti dan pemandunya melepaskan tembakan dengan senapang patah.

Mangsa mati di sebuah hospital swasta kira-kira pukul 12.31 malam akibat tembakan di dada, bahu kiri dan belakang badannya. Teman wanitanya yang cedera di bahu dan pergelangan tangan kiri dibawa ke Hospital Sibu.

Setakat ini, lima lelaki ditahan dan tiga daripada mereka sudah dibebaskan manakala dua lagi, masing-masing berusia 35 dan 42 tahun dikenakan tahanan reman sehingga 17 Jan ini. – BERNAMA

Tags: kes tembakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd