• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Kereta Terbabas Langgar Tiang Elektrik

oleh Ahmad Albab
13/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang wanita yang dalam perjalanan menghantar adik perempuannya ke sekolah, maut selepas kereta yang dipandunya melanggar tiang elektrik di Kampung Sri Bandan, Tanjung Sembrong, dekat Ayer Hitam, Batu Pahat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad berkata kejadian kira-kira 7 pagi itu menyebabkan Sazareenanazua Mohd Samsudin, 20, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adik perempuannya berusia 10 tahun mengalami kecederaan.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Din berkata mayat Sazareenanazua dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat manakala adiknya yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Seri Bandan, Ayer Hitam turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam Ab Rahim Razali berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.17 pagi.

“Operasi menyelamat dibantu dua anggota bersama sebuah jentera selesai kira-kira 9.35 pagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd