• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serbu Pusat Kusta, 10 Warga Asing Ditahan

oleh Ahmad Albab
13/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Selangor menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berselindung di kawasan perumahan bekas pesakit kusta di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor Hishamudin Badiyol Zuman berkata kesemua PATI warga Indonesia itu terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita, berumur antara 25 dan 46 tahun, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

“Mereka ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta permit tamat tempoh dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya operasi itu adalah usaha Imigresen mengesan majikan yang melindungi pekerja asing berkenaan dan mereka menjalankan kerja pertanian termasuk menanam rumput dan pokok hiasan.

Hishamudin tidak menolak kemungkinan yang terdapat sekurang-kurangnya 150 PATI warga Indonesia mendiami kawasan itu sebelum ini dan mereka menggunakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik di PKNN secara haram, yang kini di bawah kawal selia Hospital Sungai Buloh.

“Kita akan lakukan operasi di kawasan ini secara berterusan dan ini merupakan fasa pertama,” katanya sambil menambah operasi selama empat jam bermula 11 malam semalam itu disertai 26 pegawai dan anggota Imigresen termasuk petugas Jabatan Pendaftaran Negara. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd