• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rolls-Royce Di Korea Laris Pecah Rekod Selepas 112 Tahun

oleh
13/01/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Pengeluar kereta mewah ternama dunia, Rolls-Royce Motor Cars berhasil meraih penjualan hingga 3,785 unit pada 2015, angka kedua tertinggi dalam 112 tahun sejarah syarikat yang ditubuhkan pada 1828 lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Torsten Müller-Ötvös menyatakan, 2015 merupakan masa perit bagi produk mewah, namun hasil yang diperoleh syarikat itu dinilai sebagai salah satu pemain jenama super-premium paling berjaya.

“Saya sangat yakin dengan perkembangan positif Rolls-Royce untuk 2016,” kata beliau menerusi kenyataan rasmi dkeluarkan pihak Rolls-Royce Motor Cars yang beribu pejabat di Goodwood, England, Britain pada 13 Januari.

Hampir seluruh jaringan penjualan Rolls-Royce mengalami peningkatan, antaranya di rantau Asia Pasifik apabila berlaku lonjakkan 13 peratus, disusuli benua Amerika Utara (6 peratus) dan wilayah Timur Tengah (4 peratus).

Beberapa buah negara dikenal pasti berjaya tampil gemilang sepanjang 2015 dalam memasarkan Rolls-Royce antaranya ialah Korea Selatan dengan 73 peratus berbanding tahun sebelumnya, diikuti Qatar (naik 21 peratus).

Tidak ketinggalan ialah pasaran tradisional Rolls-Royce iaitu Jepun dan Amerika Syarikat yang turut didapati melonjak masing-masing sama iaitu tujuh peratus selain Britain (dua peratus) dan Rusia (satu peratus).

Negara-negara lain yang ekonominya berkembang pesat seperti Indonesia, Taiwan, Malaysia dan Kazakhstan turut menunjukkan perkembangan penjualan Rolls-Royce yang cukup baik tahun lalu dibandingkan tahun sebelumnya.

Korea Selatan mengawal ketat kemasukan model kereta import bagi melindungi kepentingan industri autombil tempatan sehingga 1995 apabila mula ‘buka pintu’ pasaran kepada jenama asing dengan pemantauan kerajaan.

Baca: Polis Abu Dhabi Lawan Dubai Guna Hypersport Car

Juga: Kereta Sport Bising AS Diharam Jejak Korea Selatan

Dua keluaran model utama yang menyokong penjualan Rolls-Royce di seluruh dunia ialah Ghost (2010) dan Wraith (2013) manakala permintaan ke atas model lama iaitu Phantom (2003) didapati tetap relatif stabil.

Untuk rekod, sejumlah 4,063 buah Roll-Royce dijual pada 2014 di seluruh dunia berbanding 3,630 pada 2013, serta 3,575 (2012), 3,538 (2011), 2,711 (2010), 1,002 (2009), 1,212 (2008), 1,010 (2007) dan cuma 805 (2006).

Menteri Perdagangan dan Industri Britain, Anna Soubry ketika mengulas berita gembira ini menjelaskan: “Hasil besar yang didapati Rolls-Royce Motor Cars memperlihatkan permintaan ‘kuat’ daripada pengguna antarabangsa.

“Ia juga hasil tradisi terbaik kepemimpinan industri automotif Inggeris. Kita dapat terus lagi mengembangkan lapangan pekerjaan berkualiti tinggi dan mendorong eksport dengan mendukung pelaburan industri automobil.”

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Korea SelatanRolls-Royce
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd