• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berjaya Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Bekas Isteri & Anak Tiri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Lelaki yang disyaki membunuh bekas isteri dan anak tirinya berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan Ladang Kelapa Sawit Permodalan 1 IOI di Sukau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan polis dengan bantuan pekerja ladang pada pukul 3.15 petang.

Katanya lelaki itu dipercayai bersembunyi di ladang kelapa sawit berkenaan selepas menikam bekas isteri dan anak tirinya di rumah pekerja ladang tersebut pada Isnin lepas.

Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, suspek disyaki menikam bekas isterinya yang berusia 39 tahun dan anak tiri lelakinya berusia 24 tahun ketika kedua-dua mangsa sedang tidur di rumah pekerja ladang.

Kejadian itu disaksikan anak lelaki mereka berusia 14 tahun yang turut berada di rumah pekerja berkenaan tetapi tidak dicederakan bapanya itu.

A. Sahak berkata tiada senjata tajam dirampas daripada lelaki itu dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mencari senjata yang digunakan dalam kes berkenaan.

Berikutan penangkapan lelaki itu, beliau turut berterima kasih kepada orang awam yang sama-sama membantu polis hingga tertangkapnya suspek.

A.Sahak turut menghargai peranan media dalam membantu polis hingga dapat menyelesaikan kes itu. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd