• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Beku Lesen Eksport Jika Gagal Patuhi SOP

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan membekukan lesen mengeksport bauksit ke luar negara jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Timbalan Menterinya Datuk Ir. Hamim Samuri berkata pihaknya tidak akan berkrompromi dengan mana-mana individu yang gagal mematuhi syarat yang telah keluarkan.

Katanya, pihak kementerian bersama agensi lain akan terus memantau perkara tersebut dan tindakan susulan yang dilaksanakan bergantung kepada kementerian dan agensi lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), polis dan sebagainya.

“Sekiranya mereka gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan itu kita tidak akan teragak-agak untuk membekukan lesen mengeksport bauksit tersebut..itu antara jaminan yang kita berikan.

“Kita juga akan berbincang bersama kementerian dan agensi yang lain untuk tindakan selajutnya mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Bukit Tadok di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari dan ADUN Telemong Datuk Rozi Mamat.

Menurut Hamim, setakat ini kerja-kerja perlombongan dan pengangkutan bauksit masih berjalan namun bermula 15 Jan ini tidak akan ada sebarang aktiviti perlombongan dan eksport bauksit.

Sementara pada Februari kerja-kerja membersih dan mengeluarkan stok yang ada di pelabuhan akan dilaksanakan, diikuti bulan seterusnya ditetapkan untuk membersihkan stok bauksit yang berada di luar Kuantan.

Rabu lepas (6 Jan), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Jan.

Wan Junaidi berkata bagi membendung masalah pencemaran akibat bauksit, kerajaan juga telah membekukan pengeluaran Permit Kelulusan (AP) untuk menjalankan operasi perlombongan sejak minggu lepas.

Hamim berkata selepas tempoh tiga bulan itu, SOP baharu akan dikuat kuasa sebelum tindakan membekukan lesen mengeksport dikeluarkan.

Beliau berkata pihaknya turut memantau pencemaran udara serta kawasan yang terjejas termasuk laut dan sungai, akibat aktiviti perlombongan bauksit. – BERNAMA

Tags: bauksitSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd