• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Tinggal Dengan Mayat Anak Sebulan

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Girona (Sepanyol) – Pasangan suami isteri yang tinggal dengan mayat anak mereka berusia tujuh tahun selama lebih sebulan semalam didakwa atas tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian.

Bruce Hopkins, 39, berkata, dia cuba memberikan rawatan alternatif kepada anaknya Caleb kerana dia dan isterinya tidak percaya kepada perubatan standard.

Pendakwa raya Enrique Barata memberitahu mahkamah: “Si bapa memberitahu, dia cuba menyelamatkan anaknya termasuk mengepam jantung anaknya dan memberikan pernafasan mulut ke mulut selepas anaknya tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, mangsa tidak memberi sebarang tindak balas.”

Menurutnya, hasil ujian yang dilakukan terhadap Hopkins dan isteri, Schrell, 38, menunjukkan mereka tidak menghidap masalah mental.

Selepas kejadian itu, pasangan tersebut terus membiarkan Caleb yang sudah tidak bernyawa tinggal bersama mereka dan dua anak lain berusia 12 dan 14 tahun di apartmen sewaan mereka di Girona, timur laut Sepanyol, berhampiran tempat dia bekerja sebagai jurutera.

Dua anak mereka itu kini di bawah jagaan pihak berkuasa tempatan sementara Hopkins dan Schrell yang berasal dari Detroit, Amerika Syarikat, dibebaskan daripada tahanan tetapi pasport mereka dirampas.

Barata berkata, waktu tepat dan punca kematian Caleb yang menghidap penyakit lelah tidak diketahui. Bagaimapun polis percaya Caleb mati kira-kira sebulan sebelum mayatnya ditemui.

Pihak berkuasa menemui mayat Caleb selepas pergi ke apartmen berkenaan setelah tuan rumah mengadu gagal mengutip wang sewa selama empat bulan.

Di sana polis memeriksa apartmen itu kerana terhidu bau teramat busuk sebelum menemui mayat Caleb yang dibungkus dengan beberapa helai selimut.

“Mereka menjalani kehidupan harian seperti biasa walaupun dengan kehadiran mayat itu. Keluarga berkenaan tidak dapat menerima hakikat Caleb sudah mati,” kata Barata. – Agensi/myMetro Online

Tags: MayatSepanyol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Pedro Sánchez: Pemimpin Eropah Yang Tegas Menentang Kezaliman, Teguh Bersama Palestin

Pedro Sánchez: Pemimpin Eropah Yang Tegas Menentang Kezaliman, Teguh Bersama Palestin

18/04/2026
0

Oleh Mynewshub Dalam landskap politik global yang sering dipenuhi kepentingan kuasa besar dan diplomasi berhati-hati, muncul seorang pemimpin Eropah yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd