• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Cedera Tersepit Eskalator Di Melaka

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki cedera tiga jari kaki kanannya apabila kasut yang dipakainya tersepit di eskalator di sebuah pusat beli belah terkenal di sini, hari ini.

Ketika kejadian kira-kira 12.15 tengah hari tadi, kanak-kanak berusia 10 tahun itu bersama keluarganya sedang menaiki eskalator ke tingkat atas pusat membeli belah itu.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Arshad Mail, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.32 tengah hari dan tiba empat minit kemudian bersama sebuah jentera dan unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan lapan anggota.

“Sebaik tiba di lokasi, kaki kanak-kanak itu telah berjaya dikeluarkan pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan dan bomba kemudian memberikan rawatan kecemasan awal kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kasut jenis kanvas yang dipakai kanak-kanak berkenaan tersepit di tepi eskalator berkenaan sebelum menarik bersama tiga jari kaki kanannya.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Tags: cederakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd