• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembuangan Sisa Industri Punca Bekalan Air Terjejas – MB

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa industri ke dalam Sungai Selangor dikenalpasti sebagai punca gangguan bekalan air bersih yang dialami penduduk negeri itu sejak malam tadi.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata ia disebabkan oleh sisa tumpahan hidrokarbon.

Akibatnya, kira-kira 800,000 (60 peratus) pengguna air di Selangor dan sekitar Lembah Klang terjejas.

[BACA – Tiga Loji Air Ditutup Malam Tadi Beroperasi Semula]

Mohamed Azmin memberi jaminan gangguan bekalan air itu hanya akan berlaku untuk sementara waktu dan bukannya satu proses catuan air.

“Gangguan bekalan air disebabkan pencemaran yang berlaku akibat pembuangan sisa industri ke dalam sungai,” katanya pada satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama syarikat konsesi air Selangor termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Insiden malam tadi merupakan insiden kali kedua selepas pencemaran diesel di Sungai Gong pada Ogos tahun lepas dan tindakan tegas termasuk merampas tanah serta tindakan mahkamah dilakukan kerajaan negeri bagi mengatasinya.

“Kerajaan negeri ingin mengingatkan supaya tiada lagi tindakan sewenang-wenangnya dengan membuang sisa industri ke dalam sungai,” kata beliau. – MYNEWSHUB

Tags: bekalan airgangguan airselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd