• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Dipukul ‘Setengah Mati’ Ketika Baca Al-Quran

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itu yang mampu diungkapkan buat seorang warga emas yang tergamak memukul isterinya ketika wanita berkenaan sedang membaca Al-Quran.

Memetik laporan dari MStar Online, Fadzilah Ismail, 50 mengalami patah tulang dan akan menjalani pembedahan pada minggu hadapan.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Fadzilah mendakwa, kejadian sama pernah dilakukan suaminya namun dia tidak memberitahu kepada sesiapa.

Tetapi insiden yang terbaru ini merupakan yang paling teruk, mengakibatkan Fadzilah terpaksa membuat laporan polis terhadap si suami yang berusia 59 tahun.

Memetik kenyataannya di laman portal MStar Online, “Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka.”

Sepupu Fadzilah bertindak menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas kejadian selepas dia tidak dapat menanggung kesakitan yang ditanggung.

Dia yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji, Perlis kemudiannya membuat laporan polis di Arau pada keesokkan hari, dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah oleh sanak saudara.

Menurut Ketua Polis Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin, kes tersebut sedang disiasat dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

Ujarnya kepada MStar Online,”Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu,”. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

Tags: hospitalkes pukulPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd