• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Mangsa Demam Denggi Maut Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang lagi pengidap demam denggi dilaporkan maut di Terengganu hari ini menjadikan dua kematian akibat penyakit itu dalam tempoh sembilan hari pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar berkata mangsa kedua ini juga berasal dari lokaliti wabak yang sama mencatat kematian sebelum ini iaitu dari Kampung Panji Alam yang terletak kira-kira dua kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.

“Mangsa, seorang wanita berumur 49 tahun meninggal dunia di wad biasa Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.20 pagi tadi.

“Beliau dimasukkan ke HSNZ pada Khamis lalu dan semakin pulih setelah menerima rawatan di hospital namun mangsa didapati meninggal dunia pagi tadi akibat renjatan denggi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sabtu lepas, seorang warga emas lelaki berusia 65 tahun menjadi mangsa pertama denggi di Terengganu tahun ini.

Sebanyak 99 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu sejak 1 Jan lalu hingga semalam iaitu peningkatan sebanyak 253.6 peratus berbanding hanya 28 kes demam denggi untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Daripada 99 kes itu, daerah Kuala Terengganu mencatat 76 kes diikuti Dungun (tujuh), Kuala Nerus (lima), Besut (empat), masing-masing tiga kes di Hulu Terengganu dan Kemaman serta satu kes di Marang.

Sehubungan itu, Dr Mohamad mahu orang ramai yang tinggal di sekitar Kampung Panji Alam supaya segera mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes sebelum lebih ramai menjadi mangsa akibat wabak itu.

“Kes denggi di negeri ini, terutama di Kuala Terengganu sangat membimbangkan dan telah berlarutan sejak November lalu.

“Selain gotong-royong yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan, orang ramai juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan persekitaran rumah mereka bebas dari sebarang risiko terkena denggi akibat nyamuk Aedes,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Fa-F7u-de1o[/wpdevart_youtube]

Tags: demam denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd