• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Penjualan Vape Kepada Semua, Tindakan Wajar

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Meskipun fatwa pengharaman vape dan rokok elektronik secara dasarnya hanya melibatkan mereka beragama Islam, tindakan beberapa negeri termasuk Melaka tidak membenarkan terus penjualannya adalah wajar kerana musibah kesihatan akibat alat itu tidak mengenal batas agama.

Fatwa pengharaman oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu relevan kepada semua rakyat di negara ini kerana bukan sahaja mereka beragama Islam, malah yang bukan Islam akan turut menerima kesan daripada vape dan rokok elektronik yang menular penggunaannya terutama dalam kalangan anak muda.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr Ma’amor Osman berkata rakyat di negara ini perlu melihat isu vape dan rokok elekronik ini dalam spektrum yang lebih luas kerana ia melibatkan hal manusia secara keseluruhannya dan bukan melihat dalam batas agama semata-mata.

Beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan vape dan rokok elekronik haram bukan hanya dengan melihat kepada perihal agama Islam semata-mata, malah mendapat pelbagai input dan kajian daripada pakar kesihatan juga pakar lain sebelum keputusan perharaman itu diambil.

“Jangan jadi dangkal kata hanya orang Islam sahaja tidak boleh hisap dan beli (vape dan rokok elekronik), pengharaman ini terpakai kepada semua kerana kesannya semua kena, maka tindakan negeri terlibat mengharamkan terus penjualan ini wajar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada Selasa (5 Jan), sebuah portal berita online melaporkan seorang anggota politik DAP Datuk Teng Chang Khim yang juga anggota Exco Selangor berkata mengharamkan vape berdasarkan fatwa adalah tidak berperlembagaan dan mencabuli hak masyarakat bukan Islam.

Selain Melaka, Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan sebelum ini telah mengharamkan penggunaan serta penjualan peranti vape dan rokok elektronik di negeri masing-masing.

Dr Ma’amor berkata walaupun ramai yang mempersoal kesahihan musibah kesihatan akibat vape dan rokok elektronik kerana tiada lagi kajian konklusif berkenaan perkara itu, beliau menegaskan langkah pencegahan perlu diambil terlebih dahulu.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati, jangan bila sudah menerima musibah kesihatan baru hendak berhenti kerana masa itu sudah tidak berguna lagi, jika penyakit itu ada ubat Alhamdullilah, tetapi jika tiada ubat menderita seumur
hidup.

“Vape ini menggunakan teknologi nano di mana wapnya mempunyai saiz yang amat kecil meresap lebih dalam ke bahagian anggota badan terutama paru-paru, bagaimana pula orang sekeliling yang tersedut wap itu, mereka juga mendapat musibah sama,” katanya.

Merujuk kepada pengharaman penjualan vape dan rokok elektronik di Melaka, keputusan itu dibuat bukan hanya berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka semata-mata malah mendapat input pelbagai pihak sebelum Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memutuskan pengharaman tersebut.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata pengharaman yang berkuat kuasa Rabu lepas (6 Jan) itu dibuat berdasarkan pelbagai maklum balas, antaranya polisi Kementerian Kesihatan yang mengkhuatiri terdapat unsur yang menjejaskan kesihatan dalam vape dan rokok elektronik.

Malah, katanya pelbagai pihak telah memberi maklum balas seperti Jabatan Kesihatan Melaka; Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan Belia Sukan dan Antidadah negeri Datuk Ab Rahaman Ab Karim dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman.

“Sehubungan itu, tiada lesen baharu akan dikeluarkan kepada peniaga vape di negeri ini, lesen sedia ada dikeluarkan sebelum ini boleh digunakan sehingga tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri prihatin dengan situasi peniaga vape dan rokok elektronik dengan pengharaman itu dan akan mengadakan perbincangan dengan semua peniaga terlibat.

“Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang peniaga atau penjual vape sedia ada ini boleh ceburi selepas pengharaman penjualan vape di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mengeluarkan lebih 20 lesen perniagaan kepada peniaga yang menjual rokok elektronik dan vape. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lBOqcrFtLmo[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd