• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Rekod Kadar Kejayaan 100% Selesai Kes Rogol

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis Sarawak merekodkan kadar kejayaan 100 peratus dalam menyelesaikan 149 kes rogol yang dilaporkan di negeri ini tahun lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam.

Beliau berkata majoriti kes adalah kes rogol statutori melibatkan kerelaan gadis bawah umur.

“Hanya tiga kes melibatkan keganasan. Kami mencapai kadar kejayaan 100 peratus menyelesaikan setiap kes yang dilaporkan. Kesemua suspek ditahan dan kebanyakan daripada mereka didakwa di mahkamah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya Jabatan Siasatan Jenayah negeri memandang serius jenayah kekerasan terhadap golongan wanita.

“Saya telah mengarahkan semua Ketua Siasatan Jenayah daerah dan Unit Jenayah Seksual (D11) agar tidak memandang ringan laporan mengenai keganasan terhadap wanita serta kanak-kanak.

“Kes-kes sebegini perlu disiasat segera dan pesalah perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu, Dev Kumar berkata dua laporan kes rogol diterima pihaknya tahun ini dengan satu kes melibatkan kanak-kanak.

Kes rogol yang dilaporkan di Sarawak meningkat lima kes atau tiga peratus berbanding yang dilaporkan pada 2014, katanya. – BERNAMA

Tags: kes rogolsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd