• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Cubaan Samun Cedera Ditembak

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang suspek kes cubaan samun cedera ditembak selepas bertindak menyerang anggota polis menggunakan parang dalam satu kejadian berhampiran sebuah premis menjual bunga, di Taman Ehsan Kepong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, suspek lelaki berusia 38, bersama-sama dengan tiga rakannya cuba menyamun seorang wanita berhampiran premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata tiga anggota unit Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Desa Jaya yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu, bertindak pantas menghalang cubaan samun itu serta cuba menahan suspek terbabit.

Bagaimanapun, katanya seorang daripada suspek terbabit bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan parang.

“Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, suspek cedera di lengan kanan dan berjaya ditahan manakala tiga lagi suspek melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis kini giat memburu tiga suspek yang melarikan diri itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd