• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Pelajar Keracunan Makanan Akibat Nasi Goreng

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kes keracunan makanan yang melibatkan 16 murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Tualak, Kuala Nerang semalam disyaki berpunca daripada daging yang digunakan untuk bahan masakan nasi goreng.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata siasatan awal oleh Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap mendapati keracunan makanan disyaki akibat penyediaan daging yang kurang memuaskan.

Dalam kejadian Khamis, lapan murid dan lapan murid perempuan berusia 5 hingga 6 tahun mengalami gejala muntah-muntah, demam dan cirit birit serta sakit perut setelah memakan makanan disediakan pihak sekolah.

Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap menerima makluman kejadian tersebut daripada Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang kira-kira 11 malam semalam.

Dr Norhizan berkata, sehingga jam 5 petang Khamis, sebanyak 10 daripada 16 pelajar mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang.

Daripada 10 pelajar tersebut, tujuh dimasukkan ke wad dengan tiga dirawat sebagai pesakit luar.

“Daripada tujuh yang dimasukkan ke wad, seorang dibenarkan pulang dan kini enam masih dirawat di wad. Pelajar yang dimasukkan ke wad disebabkan keadaan mereka lemah namun stabil,” katanya.

Mereka yang terlibat dengan penyediaan makanan katanya juga telah diberi nasihat mengenai cara penyediaan makanan yang betul.- BERNAMA

Tags: keracunanpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd