• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31 Kawasan Catat IPU Sederhana Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana di seluruh negara, hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel dalam satu kenyataan hari ini berkata antara kawasan yang mencatat IPU sederhana ialah Pelabuhan Klang, Selangor (95), Batu Muda, Kuala Lumpur (86) dan Petaling Jaya(86).

Selain itu Pulau Pinang mencatatkan bacaan IPU 64, Seberang Perai (79) dan Universiti Sains Malaysia (73).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak Sihat) 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Katanya kemerosotan kualiti udara di pantai barat Semenanjung dan Sarawak masih berpunca akibat pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini masih memantau situasi berkenaan.

“Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpusat di Singapura semalam merekodkan sebanyak 253 titik panas di Kalimantan melalui satelit National Oceanic and Atmhospheric Administration (NOAA) dan tiada titik panas dikesan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan cerapan satelit NOAA, terdapat 18 lagi lingkaran asap jerebu sederhana di bahagian selatan Sumatera dan di tengah serta selatan Kalimantan.

“Dalam hal ini, Malaysia turut menggesa pihak kerajaan Indonesia agar segera melaksanakan tindakan pencegahan dan pemadaman kebakaran tanah dan hutan secara lebih meluas dan efektif,” katanya.

Sementara itu, Palanivel berkata JAS telah mengambil beberapa langkah untuk menangani musim panas dan kering Monsun Barat Daya yang telah bermula Mei lepas.

“Antaranya dengan mengaktifkan pelan tindakan pencegahan pembakaran terbuka dan prosedur tetap operasi program pencegahan dan pengurusan tanah gambut sering terbakar,” katanya.

Palanivel berkata setakat semalam, sebanyak 4,780 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara.

Pembakaran terbuka melibatkan kawasan hutan sebanyak 908 kes, pertanian (1,476 kes), industri (34 kes), pembinaan (156 kes), tapak pelupusan sampa (86 kes), belukar (1,035 kes) dan pembakaran terbuka kecil (1,076 kes).

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau diceroboh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka dengan sengaja atau untuk tujuan tertentu. – BERNAMA

Tags: IPUJerebu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd