Akhirnya, Aidil Zafuan yang dilihat lebih banyak mendiamkan diri selama isunya diputarkan media telah membuka mulut, membalas kenyataan yang dilemparkan bekas isterinya, aktres cantik Rita Rudaini.
Sebelum ini, Rita membuat mendedahkan tentang pengabaian Aidil terhadap dua zuriatnya dengan tidak memberi nafkah, hatta tidak menjenguk mereka.
Namun, melalui muat naik terbaru di laman instagram peribadinya, Aidil Zafuan membuat pendedahan tentang mesejnya kepada Rita Rudaini untuk bertanyakan tentang anak-anak mereka.
Malangnya, segala kiriman WhatsApp Aidil tidak mendapat sebarang respon dari pelakon Mami Jarum itu.
Selain dari pendedahan kiriman WhatsApp tersebut, Aidil juga menunjukkan bukti bahawa dia memberikan nafkah terhadap kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqi, 5 dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
Tuntutan nafkah oleh Rita Rudaini juga masih belum berakhir kerana mahkamah hanya akan memutuskan keputusan tersebut pada 10 Disember depan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. – MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR



