• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: 4 Staf PTG Ditahan, SPRM Jumpa Wang Dalam Mesin Basuh

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang termasuk seorang pegawai kanan, kerana disyaki menerima rasuah bernilai lebih RM100,000 daripada pelombong bauksit tidak berlesen di negeri ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azmi Baki berkata semua suspek berusia antara 30 hingga 38 tahun itu ditahan di sekitar Kuantan, antara pukul 6 petang dan 9 malam semalam, hasil siasatan selama lebih dua bulan setengah.

“Kami turut menjumpai wang tunai dalam jumlah yang banyak di rumah mereka, termasuk di dalam mesin basuh di rumah pegawai kanan terbabit, yang dipercayai duit hasil aktiviti rasuah itu,” katanya pada sidang media di Kompleks SPRM di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memberikan perlindungan kepada aktiviti perlombongan bauskit secara haram dengan menggunakan modus operandi menjual Borang 13D, iaitu Dokumen Pemindahan Bijih Mineral yang dikeluarkan oleh PTG kepada pelombong bauksit bagi tujuan pengangkutan bahan mineral itu.

Borang itu yang hanya sah untuk satu trip perjalanan, akan dibawa dan dikemukakan oleh pemandu lori semasa mengangkut bauksit dari tempat simpanan ke pelabuhan dan perlu ditunjukkan jika lori ditahan agensi penguatkuasaaan, serta perlu dicop di pelabuhan bagi tujuan pengiraan termasuk untuk pembayaran royalti, tambah beliau.

“Borang berkenaan yang dikenali sebagai docket dalam kalangan penduduk tempatan sebenarnya berharga RM1, namun dijual kepada pelombong haram pada harga antara RM150 hingga RM200,” katanya.

Azmi berkata serbuan yang dilakukan turut menjumpai borang berkenaan dalam kuantiti yang banyak dalam simpanan semua suspek, yang kini ditahan reman sehingga 14 Januari ini.

Siasatan dijalankan atas kesalahan menerima rasuah mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Katanya SPRM mula menerima maklumat berkaitan isu perlombongan bauksit pada pertengahan 2015, namun aduan itu melibatkan isu pencemaran alam sekitar, yang berada di luar bidang kuasa suruhanjaya itu.

“Kami tidak dapat campur tangan kerana tiada elemen rasuah. Tapi jangan kata kami tidak ambil tindakan kerana kami lakukan risikan yang tidak dihebahkan atas faktor kerahsiaan maklumat dan sensitiviti,” katanya.

Azmi juga tidak menolak kemungkinan SPRM akan melakukan tangkapan susulan khususnya orang tengah dan pegawai kerajaan termasuk dari agensi lain berhubung isu bauksit.

Beliau memohon supaya orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah dalam perlombongan bauksit untuk tampil ke pejabat SPRM, kerana siasatan dalam isu rasuah memerlukan saksi.

Selain itu, Azmi juga berkata siasatan juga mendapati ketirisan berlaku apabila siasatan setakat ini mendapati kutipan royalti kepada kerajaan negeri berjumlah RM47 juta pada tahun 2015 sepatutnya dianggarkan berjumlah lima kali ganda daripada jumlah itu.

“Ini menyebabkan kerajaan negeri kerugian dari segi kutipan cukai dan kami berpandangan ini berlaku disebabkan rasuah atau penguatkuasaan yang lemah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]X9V4MRi66PA[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd