• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Murid Didakwa Tertidur Tunggu Ibu Bapa Cetus Simpati

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOLEH dikatakan, kes kanak-kanak hilang atau diculik bukan lagi satu perkara yang mengejutkan untuk didengar pada hari ini.

Namun masih ada ibu bapa atau penjaga tidak ambil iktibar atas peristiwa yang telah berlaku – itulah antara bisikan hati sesiapa sahaja yang melihat gambar kanak-kanak lelaki masih berbaju sekolah yang giat dikongsikan di laman Facebook.

Akibat letih terlalu lama menunggu untuk dibawa pulang selepas sesi persekolahan tamat, kanak-kanak ini dikatakan tertidur di kaki lima.

12400781_718596278275033_1374591860546801817_n

Sedih melihat keadaan kanak-kanak itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Semut Gergasi memuatnaik gambar tersebut dengan kapsyen berunsur nasihat buat semua ibu bapa:

“Sayu tengok gambar nie.. walau sesibuk mana pun kita, biarlah kita dapat luangkan sedikit masa untuk anak-anak… biar la kita tunggu anak, jangan anak yang tunggu kita… semoga gambar nie dapat membuka mata mak dan ayah lain-lain.” 

Gambar itu nyata menarik perhatian simpati hingga menjadi viral di laman Facebook.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu yang kami terima tentang gambar ini adalah pengakuan seseorang bernama Salman Al-Murtaza yang mendakwa kanak-kanak dalam gambar tersebut adalah adik lelakinya dan cerita disebarkan tentangnya tidak benar.

12400906_1007302402666105_7458829597507990747_n

Jelasnya, ibunya hanya terlewat lima minit kerana mengalami masalah motosikal rosak dan selepas puas mencari adiknya di sekitar sekolah, dia ditemui sedang menangis dalam keadaan meniarap seperti dalam gambar, dan bukannya tertidur kerana penat menunggu sebagaimana disebarkan di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budakSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd