• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua ADUN PAS Khianat Digantung Keahlian Selama Setahun

oleh AK-47
13/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS iaitu ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin dikenakan tindakan gantung keahlian selama setahun.

Ini berikutan tindakan mereka bersama 28 ADUN Selangor lain dari Pakatan Rakyat (PR) menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Kedua-duanya digantung keahlian selama setahun berkuatkuasa hari ini.

Tindakan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini.

[BACA – Nasib Dua ADUN PAS Khianat, Diketahui Hari Ini]

Beliau juga menafikan Saari dan Hasnul dipecat dari parti.

Mustafa berkata kedua-dua ADUN itu tidak boleh melaksanakan sebarang aktiviti menggunakan nama PAS dalam tempoh tersebut.

Tindakan diambil mengikut Fasal 83 (4) dan (5) Pindaan 2011 Perlembagaan PAS.

“Mereka ada 15 hari untuk mengemukakan rayuan dengan menulis surat kepada Setiausaha Majlis Syura PAS,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kemelut politik Selangor sebelum ini, kedua-dua ADUN berkenaan tiba-tiba muncul di satu sidang media oleh Dr Wan Azizah di Subang, memaklumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti ADUN di Selangor iaitu 30 ADUN termasuk Saari dan Hasnul.

Bagaimanapun, pada ketika itu PAS menyokong kepimpinan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dikekalkan menerajui negeri itu dan tidak perlu digantikan.

Ekoran kemelut pentadbiran itu, kini ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali akhirnya diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kini sudah pun dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: adunKrisis MB SelangorPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd