• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Jabatan Khas Untuk Lelaki – Rohani

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tidak perlu jabatan khas bagi menjaga hal ehwal lelaki diwujudkan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Dalam reaksi terhadap cadangan kementerian mewujudkan jabatan khas lelaki susulan peningkatan kes penceraian disebabkan suami didera isteri, beliau berkata apa yang penting ialah program mengenai hak dan kepentingan golongan lelaki.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini, beliau turut menegaskan bahawa perancangan dan pelaksanaan dasar dan gerak kerja kementeriannya menjurus untuk wanita dan lelaki.

“KPWKM tidak melibatkan wanita sahaja. Segala yang KPWKM buat menjurus untuk lelaki dan wanita kerana keluarga melibatkan ibu dan ayah. Dalam isu perlindungan kanak-kanak juga melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan,” katanya.

Dalam kes membuli suami, beliau berkata Akta Keganasan Rumah Tangga adalah untuk semua dan isteri yang ganas boleh dikenakan tindakan.

Rohani diminta mengulas mengenai saranan Pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang dilaporkan membuat saranan itu susulan kajian pakar sosial Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapati 23,800 kes penceraian dalam kalangan pasangan Islam di negara ini pada tahun adalah 2014 disebabkan penderaan mental dan psikologi yang dialami suami.

Beliau juga dilaporkan berkata tanggungjawab lelaki sebagai suami lebih berat berbanding isteri tetapi golongan itu tidak ada tempat untuk membuat aduan.

Sementara itu, Rohani yang juga Presiden Majlis Antara Kerajaan bagi Pengurusan Program Transformasi Sosial (MOST IGC) UNESCO, berkata beliau akan mencadangkan agar Malaysia menjadi tuan rumah kepada satu daripada mesyuarat MOST IGC.

Beliau yang yang dilantik menerajui MOST IGC bagi tempoh 2015-2017, berkata Malaysia akan memainkan peranan aktif dalam MOST IGC selaras dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh masyarakat dunia kepada negara.

MOST yang dilancarkan pada 1994 ialah satu-satunya program UNESCO yang menggalakkan penyelidikan sains sosial yang akan diguna oleh pembuat dasar di peringkat global yang terdiri daripada 35 negara anggota UNESCO termasuk China, Turki, Brazil, Kanada dan Indonesia. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd