• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berpantang Tanpa Suami, Sarah Mengalah Dengan Shuib

oleh AK-47
22/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI diketahui umum pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin selamat menimang cahaya mata ketiga pada 20 November lalu.

Namun secara kebetulan, pelawak terkenal itu sedang sibuk dengan tugasnya sebagai penyampai radio Sinar FM, menjalani penggambaran filem Abang Long Fadil 2 dan bertanding dalam bersama Mark Adam.

1

image

Keadaan itu sekaligus membuatkan Shuib tiada masa untuk berada di samping isterinya ketika berpantang.

Namun bagi Siti Sarah, dia mengakui terpaksa mengalah dengan hal itu kerana memahami keadaan Shuib yang sedang sibuk mencari rezeki untuk keluarga.

“Bagi isteri yang baru sahaja bersalin dan melahirkan anak, pastinya dia memerlukan sokongan keluarga dan suami. Tetapi saya harus mengalah kerana Shuib sangat sibuk dengan kerjaya, malah tiada masa untuk diri sendiri.

“Saya faham keadaan Shuib tetapi perkara itu membuatkan saya sedih dan sedikit tertekan kerana kasihankan dia. Saya sendiri tidak boleh berbuat apa-apa untuk suami kerana sedang dalam pantang. Saya hanya boleh bertanya sama ada dia okay atau tidak. Saya perlu memahami keadaan Shuib yang sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

“Ketika sedang berpantang di kampung dia pernah mesej meminta maaf. Dia luahkan rasa sedih kerana dirinya sangat sibuk. Saya balas mesej Shuib mengatakan faham dengan apa yang dilaluinya,” kata Siti Sarah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Bin Muhamad mendirikan rumahtangga dengan Siti Sarah pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: ASTRO GEMPAK

Tags: Shuib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Moga Allah Izinkan Cinta Kita Hingga Ke Syurga”

14/09/2018
0

KEMESRAAN dan aksi romantik penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan Shuib (Sepahtu) sentiasa menjadi perhatian pengikut di Instagram malah ramai menjadikan...

Sarah Mohon Doa, Shuib Ceria Tengok Isteri Berhijab

02/06/2018
0

BERKAT kemanisan bulan Ramadan, penyanyi Siti Sarah Raisuddin dilihat sering mengenakan hijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd