• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastil Tua, Filem Seram Indonesia Jalani Penggambaran Di Perak

oleh AK-47
09/01/2016
dalam Artis
1
Share on FacebookShare on Twitter

INDUSTRI perfileman di negara seberang sememangnya lebih menumpukan kepada karya bergenre seram demi menarik perhatian penonton di sana.

Terbaharu, sebuah filem kerjasama terbitan Indonesia dan Malaysia, Kastil Tua bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini di seluruh pawagam di Malaysia.

Filem yang ditunjangi pelakon Samantha Katie, Kimberly Ryder dan Ajun Perwira menjalani penggambaran di Kellie’s Castle, Perak bagi menimbulkan suasana seram yang melatari karya ini.

20160106020036

20160106020041

Menurut penerbitnya, Richard Ung, pada mulanya filem ini hampir ditolak Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana memaparkan unsur pemujaan yang tidak dibenarkan.

Namun akhirnya perkara itu ditarik balik memandangkan tiga pelakon utama filem itu ditunjangi pelakon bukan Islam.

“Saya sudah menjangkakan akan berdepan masalah apabila pihak LPF memanggil kami. Bagaimanapun selepas membuat pembentangan, mereka menerimanya. Kami tidak terikat dengan syarat yang diletakkan.

“Jadi, tiada pemotongan babak yang dilakukan kerana tiga pelakon utama filem ini bukan beragama Islam,” katanya dalam kenyataan media yang diedar.

Kastil Tua mendapat sentuhan pengarah dari Indonesia, Chiska Doppert dan dibantu pengarah kreatif dari Malaysia, Sabree Fadil.

20160106020046

20160106020058

Filem kerjasama syarikat Indonesia, Capitol Entertaiment dan syarikat tempatan, Filmtab Sdn. Bhd. ini turut menampilkan barisan pelakon Malaysia seperti Josiah Hogan dan Ar Badul.

Kastil Tua menceritakan mengenai sahabat baik dari Indonesia dan Malaysia yang sebelum ini pernah menulis beberapa nama tempat menarik untuk mereka lawati sebelum dimasukkan ke dalam kotak di tanah perkuburan di Indonesia.

Genap setahun mereka sepakat untuk membuka kotak itu bersama dan berkunjung ke tempat yang sudah mereka undi. Akhirnya mereka mengundi tempat menarik di Batu Gajah, Perak yang membawa mereka ke Kellie’s Castle.

Dalam kastil (istana) tersebut mereka kemudiannya melakukan satu ritual pemanggilan roh menggunakan papan ouija (papan seruan roh).

Setelah melakukan ritual tersebut, mereka mula melalui pengalaman mengerikan antaranya ternampak kelibat perempuan memakai gaun pengantin dalam keadaan berlumuran darah dan mengancam keselamatan mereka.

Apa terjadi kepada kumpulan mereka, sama-sama nantikan tayangannya bermula 21 Januari ini! – MYNEWSHUB.CC

kastil tua 1

20160106020014 (1)

Tags: FILEMmyArtispelakonselebritiSeram
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd