• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kutipan PTPTN Kalangan Penjawat Awam Meningkat 20%

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kalangan penjawat awam meningkat kepada 20 peratus selepas pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata setakat 20 Oktober tahun lalu, hanya sembilan peratus peminjam di kalangan penjawat awam yang membuat pembayaran balik pinjaman mereka.

“Setelah pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini, sehingga 4 Jan tahun ini, pihak PTPTN telah menyaksikan peningkatan pembayaran balik sebanyak 20 peratus,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini, malam Selasa.

Beliau berkata pada Disember lepas, PTPTN telah berjaya mengutip lebih RM133 juta, meningkat sebanyak 38 peratus dari bulan sebelumnya.

“Kita berharap perkembangan ini akan menjadi satu titik permulaan yang baru bagi peminjam untuk membuat bayaran balik secara konsisten,” katanya.

Mastura berkata PTPTN telah lama memperkenalkan bayaran balik melalui potongan gaji, tetapi tidak ramai yang membuat pilihan tersebut.

“Pelbagai kaedah boleh diambil oleh peminjam, antaranya, peminjam yang terlibat boleh membuat penstrukturan semula hutang dengan jumlah ansuran berasaskan kemampuan bagi tempoh tidak melebihi umur 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan potongan gaji mandatori itu juga adalah antara langkah terakhir apabila peminjam didapati gagal melakukan pembayaran balik menerusi pelbagai kaedah lain.

“Potongan mandatori hanya dibuat kepada mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik. Mereka ini telah diberi tempoh membayar balik antara 10 hingga 15 tahun, tetapi tidak pernah membayar pinjaman tersebut.

“Apabila tinggal tempoh hanya setahun sahaja perlu menjelaskan hutang dengan PTPTN, inilah menyebabkan pinjaman yang terpaksa dibayar balik tinggi,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bdVVPPqRcZU[/wpdevart_youtube]

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd