• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia Kaya Datuk Vida.. Solat Hajat 10 Kali Sehari

oleh AK-47
06/01/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI yang perasan, akhir-akhir ini timeline Facebook dipenuhi dengan video yang memaparkan kekayaan Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida menerusi program terbaharu keluaran Astro, Terlajak Putih Nampak.

BACA: Miliki 10 Mahkota Ditempah Khas, Paling Mahal RM100K – Datuk Vida

Video viral itu hangat diperkatakan kerana ramai yang terkejut dan kagum akan kemewahan dimiliki usahawan kosmetik ini.

image262UntitledUntitled

Bercerita mengenai rahsia kejayaannya kepada umum, Datuk Seri Vida mendedahkan bahawa dia mengamalkan solat hajat dan solat sunat Dhuha.

“Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” katanya.

Selain itu, personaliti yang popular dengan tagline, ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’ ini berkata, sejak kecil dia turut dididik mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.

“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.

“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian ini dianggap menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini jadi ikutan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam perkembangan lain, Vida, 44, dikhabarkan bakal menaja pasukan bola sepak, The Red Worriors (TRW). – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Kh00bHNGh4A]

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Ronnie Liu Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya

Ronnie Liu Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew menyarankan pelaksanaan persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan...

Why Premier League nights remain a weekly social ritual in Malaysia

Why Premier League nights remain a weekly social ritual in Malaysia

04/08/2026
0

In Malaysia, midnight is not the end of the day for sports fans. It's the start of a cherished tradition....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd