• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Berjumpa Peniaga, NGO, Pengguna Mengenai Kos Sara Hidup

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan peniaga, badan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna pada minggu depan berhubung kos sara hidup dan hal kepenggunaan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata beliau mahu mendengar keluhan daripada wakil-wakil pengguna serta pandangan NGO dan peniaga mengenai harga barang dan kos sara hidup pada pertemuan dengan kumpulan tersebut.

Beliau juga berkata pandangan dan cadangan pihak-pihak berkepentingan sedemikian diperlukan untuk dikemukakan pada mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi mengenai isu kos sara hidup yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi itu yang dijadualkan pada 18 Jan bagaimanapun dipercepatkan ke Jumaat ini.

“Kita akan mengumpulkan luahan dan cadangan yang dikemukakan oleh pengguna, NGO dan persatuan melalui memorandum secara berasingan untuk mesyuarat (Jumaat) ini, memandangkan kesuntukan masa,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Hamzah dalam pada itu turut meminta 30 juta pengguna di negara ini untuk menjadi rakan KPDNKK, bukan sahaja hanya membuat laporan tetapi juga memberi idea baru dan pandangan menangani hal-hal kepenggunaan.

“Cabaran terbesar yang perlu ditangani oleh warga KPDNKK ialah persepsi negatif masyarakat terutama di media sosial,” katanya, sambil menambah KPDNKK berazam menjadi johan dalam menangani masalah rakyat berhubung isu kepenggunaan.

Hamzah berkata beliau juga akan berjumpa dengan peniaga-peniaga telefon bimbit bagi mengeluarkan senarai harga dan standard telefon bimbit supaya pengguna tidak tertipu.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata KPDNKK akan memperketatkan pemberian lesen borong dan runcit gas petroleum cecair (LPG) bagi menangani penyelewangan LPG bersubsidi di negara ini.

Pada masa yang sama, kementerian juga akan menjalankan kajian mengenai mekanisme terbaik bagi memperbaiki kelemahan sedia ada, katanya mengulas laporan Mingguan Malaysia mengenai penyelewangan LPG bersubsidi. – BERNAMA

Tags: Kos Sara HidupKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

27/11/2022
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd