• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Terjejas Pencemaran Bauksit Wajar Dapat Pampasan

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang memberi pampasan kepada nelayan di negeri itu yang terjejas sumber pendapatan akibat pencemaran bauksit.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, pemberian pampasan itu perlu disegerakan kerana masalah berkenaan mengancam sumber ekonomi golongan nelayan serta membebankan kehidupan keluarga mereka.

Katanya, kerajaan Pahang perlu juga memastikan kualiti air sungai dan laut berada pada tahap yang selamat daripada masalah mendapan sisa bauksit.

“CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) dan SAM meminta Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membuat kajian dan penilaian jumlah kerugian yang dialami oleh nelayan terbabit.

“Pihak bertanggungjawab pula perlu mengambil tindakan memulihkan seluruh kawasan sungai dan laut yang tercemar oleh sisa bahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed berkata, selain Zon A tempat nelayan pantai mencari rezeki diancam pencemaran itu, tiga sungai iaitu Sungai Pengorak, Sungai Riau dan Sungai Mabok berada dalam keadaan berbahaya kerana mengandungi aluminium, arsenik dan merkuri.

Manakala, katanya, kawasan pantai yang mengalami pencemaran laut serius ialah di Balok dari Sungai Pengorak hingga ke Pantai Batu Hitam.

“Lebih kurang 300 nelayan yang bergantung hidup kepada hasil tangkapan ikan di kawasan berkenaan telah terjejas mata pencarian mereka,” katanya.

Kata beliau, SAM bimbang pencemaran itu akan menyebabkan kepupusan pelbagai spesies hidupan laut sekali gus menyebabkan golongan nelayan di Pahang kehilangan sumber pendapatan.

“Perlombongan bauksit ini tidak wajar diteruskan kerana kegiatan tersebut telah terbukti merosakkan alam sekitar dan menjejaskan kehidupan penduduk,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: CAPNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd