• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karyawan Dakwa Badan Kutipan Royalti Tidak Telus

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ramai artis tidak berpuas hati dengan bayaran royalti yang mereka daripada badan kutipan royalti, Prism Berhad (Prism).

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, artis mendakwa mereka hanya diberi bayaran ’token’ sama rata iaitu RM400 untuk artis berkumpulan dan RM600 untuk artis solo.

“Ramai artis mengadu kepada Karyawan, pengurusan PRISM tidak memberitahu mereka berapa jumlah royalti yang telah dikutip sejak tiga tahun lepas dan juga tidak memberi apa-apa penyata akaun tentang perbelanjaan syarikat kepada para ahlinya.

“Bayaran pengagihan sama rata bertentangan dengan prinsip badan kutipan royalti yang mengutip royalti berasaskan penggunaan muzik di tempat awam. Artis yang mana muzik mereka kerap dipersembahkan di tempat awam harus dibayar lebih,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, kata Fernandez, Prism tidak layak diberikan tanggungjawab oleh kerajaan mewakili artis dalam hal kutipan royalti persembahan awam muzik yang boleh mencecah jumlah berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Beliau turut membandingkan Prism dengan satu lagi badan yang telah diberikan lesen oleh kerajaan untuk mengutip royalti iaitu Recording Performers Malaysia Bhd. (RPM) kerana telah mengadakan dua majlis pengagihan royalti sebelum ini.

Menurutnya, para artis dimaklumkan lebih RM6.5 juta telah dikutip oleh RPM malah mereka diberikan penyata akaun serta dibayar mengikut persembahan lagu-lagu mereka di tempat awam.

“Ada yang dapat beribu-ribu ringgit dan ada yang lain yang mendapat beratus ringgit sahaja. Ini merupakan cara pengagihan yang betul dan telus,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan menangani itu tersebut kerana golongan artis yang menjadi mangsa keadaan.

“Artis kita telah rugi berjuta-juta ringgit akibat perkara ini. Kami rasa sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas dan minta Prism dibubarkan dan ahli-ahlinya di daftarkan dengan RPM.

“Sekiranya mereka enggan, jalan penyelesaian terbaik kerajaan membatalkan lesen kutipan royalti yang telah diberi kepada Prism supaya tidak dapat beroperasi lagi dan seterusnya RPM dapat meneruskan memberikan pelindungan sewajarnya kepada artis dalam hal kutipan royalti ini yang menjadi duri dalam daging industri muzik lebih daripada 15 tahun,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]y0yPd-F6y28[/wpdevart_youtube]

Tags: Royalti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan sama ada tempoh pembayaran royalti muzik kepada...

Kelantan Minta Petronas Kemuka Jumlah Rasmi Bayaran Royalti

31/10/2018
0

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti yang harus diterima oleh negeri berkenaan sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd