• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahan Bacaan Berbahasa Asing Tanpa Permit Boleh Ganggu Ketenteraman Negara

oleh Ahmad Albab
04/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bahan bacaan umum berbahasa asing dari negara luar yang tidak mempunyai permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh mengganggu ketenteraman negara.

Demikian tegas Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Hashimah Nik Jaafar menyatakan terdapat bahan-bahan bacaan dari negara luar yang mengandungi unsur provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan sesama rakyat mereka di sini.

“Saya fikir itu antara sebab banyak pergaduhan yang melibatkan warga asing sesama warganegara mereka berlaku di negara ini.

“Kita tidak mahu isu atau konflik yang berbangkit di negara mereka dibawa ke sini sekali gus menimbulkan perasaan takut dan tidak tenteram dalam kalangan rakyat tempatan,” katanya.

Tinjauan Bernama di Jalan Tun Tan Siew Sin, atau lebih dikenali sebagai Jalan Silang, menemui beberapa majalah dan buku keagamaan berbahasa Myanmar.

Menurut statistik jenayah bagi Januari hingga Ogos tahun lepas, 9,496 kes melibatkan warga asing berlaku di negara ini, termasuk bunuh, kecurian dan samun.

Hashimah berkata bahan bacaan seperti buku, majalah atau surat khabar berbahasa asing yang dibawa masuk ke negara ini akan dirampas serta-merta di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata KDN sedang mengkaji dasar baharu bagi menapis bahan bacaan umum berbahasa asing dan membenarkannya memasuki negara ini.

“Satu masalah menapis bahan bacaan itu ialah kami tidak ada orang yang memahami bahasa Bangladesh, Myanmar, Nepal dan sebagainya.

“Ada cadangan bagi kami mendapatkan bantuan wakil duta negara-negara terlibat untuk menterjemahkan bahan bacaan tersebut,” kata Hashimah. – BERNAMA

Tags: bukuKDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Selangor mempersoalkan pengharaman dua buah buku berkisar tentang perjuangan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) yang...

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd