• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Haramkan Penjualan & Penggunaan Vape

oleh Ahmad Albab
04/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik serta vape di negeri ini yang akan berkuatkuasa dalam masa terdekat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, keputusan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

“Isu ini akan dibincangkan secara lebih lanjut selepas mendengar laporan penuh daripada portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar di bawah Datuk Ismail Othman dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan pada Rabu ini.

“Kerajaan negeri perlu mendapatkan maklumat berapa ramai peniaga vape di negeri ini dan perbincangan bersama mereka juga perlu diadakan sebelum tarikh penguatkuasaannya diumumkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Udang sempena permulaan sesi persekolahan 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan Melaka, Abu Bakar Sahari.

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri akan membantu pengusaha atau peniaga vape di negeri ini terutama mereka yang telah mendapat lesen penjualan vape daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang boleh peniaga atau penjual vape sedia ada ini ceburi selepas pengharaman penjualan vape di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan MBMB telah mengeluarkan lebih 20 lesen perniagaan kepada peniaga yang menjual rokok elektronik dan vape.

Sementara itu Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Dis lepas telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat. – BERNAMA

Tags: Melakavape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd