• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem The Wolf of Wall Street Tiada Kaitan Dana 1MDB

oleh AK-47
07/01/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGELINTIR pihak nampaknya cuba mengaitkan filem The Wolf of Wall Street dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) lagi.

Kali ini, pihak pembangkang menggunakan alasan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang dikatakan konon sedang menyiasat produksi filem The Wolf of Wall Street.

Menurut sumber dalaman, FBI sendiri langsung tidak berminat untuk menyiasat kemungkinan wujud kaitan diantara 1MDB dan filem tersebut.

Seperti sedia maklum, Datuk Seri Najib Razak sendiri sebelum ini menggesa ketua audit negara mengesahkan sama ada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan atau tidak untuk membuat filem tersebut seperti mana tuduhan tanpa bukti segelintir pihak yang mana telah dipersoalkan oleh Tun Dr Mahathir yang sudah semestinya dakwaan tersebut adalah cerita rekaan semata-mata.

Anak tiri Najib, Riza Aziz, yang merupakan penerbit filem tersebut dikatakan ada kaitan dengan ahli perniagaan Jho Low yang juga dikatakan mempunyai urusan dengan 1MDB.

Selain daripada itu juga peguam kepada penerbit filem The Wolf of Wall Street ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyaman blogger Clare Rewcastle Brown kerana menulis fitnah berkenaan anak tirinya itu dengan mengaitkan ia dengan 1MDB.

Filem yang dilakonkan oleh pelakon terkenal, Leonardo Dicaprio yang diterbitkan pada 2013 itu mengisahkan tentang kehidupan sebenar seorang broker saham, Jordan Belfort yang terbabit dalam rasuah dan penipuan di Wall Street.

Filem yang menelan belanja lebih AS$100 juta (RM430 juta) itu mendapat pujian pengkritik filem dan mendapat lima pencalonan dalam Anugerah Akademi ke-86.

Untuk makluman, filem ini turut meraih keuntungan yang tinggi dan ia juga merupakan satu kejayaan “box office” dengan memperolehi box office AS$390 juta disamping AS$40 juta dalam jualan DVD.

Kini pembangkang dilihat kehilangan punca dan “storyboard” sehingga memaksa mereka memusing cerita lama untuk menghangatkan suasana.

Di mana seperti biasa laman portal  Wall Street Journal (WSJ) tetap terpilih sebagai medium untuk menyebarkan fitnah mereka.

Kini kredibiliti WSJ telah tercalar dengan teruk dan perkara ini juga membuatkan kita rakyat Malaysia sukar untuk mempercayai berita yang dikeluarkan mereka. – MYNESHUB.CC

Tags: 1MDBFilem Hollywood
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018  – Sheikh Umar

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018 – Sheikh Umar

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempertahankan Pakatan Harapan (PH) membangkitkan semula isu Najib dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd