• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

120 Premis Vape Di Johor Ditutup

oleh Ahmad Albab
04/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kesemua 120 premis yang berdaftar bagi penjualan peranti dan cecair vape di negeri ini sudah ditutup operasi sepenuhnya, kata Ketua Polis negeri Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata berdasarkan risikan polis sehingga semalam penutupan itu termasuk membabitkan enam premis pengedaran utama bagi alat peranti dan cecair vape.

“Pengesahan penutupan adalah dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dan membabitkan sebanyak 120 premis yang dikenalpasti,” kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini Isnin.

Wan Ahmad Najmuddin berkata meskipun kesemua premis sudah ditutup, pemantauan berterusan akan tetap dilakukan termasuk membabitkan penjualan vape secara dalam talian.

Beliau berkata penjualan vape secara dalam talian, umumnya, adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagaimanapun, siasatan polis boleh dilakukan mengikut Akta Racun 1952 selepas mengambil kira faktor cecair vape mengandungi nikotin, kata beliau.

Penutupan premis vape di Johor adalah susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahukan penjualan vape diharamkan bermula 1 Jan 2016. – BERNAMA

Tags: Johorvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd