• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taklimat Khas Di Kota Bharu Bincang Kerjasama PAS – UMNO

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERJASAMA politik di antara dua parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas mungkin bakal terealisasi selepas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadualkan memberi taklimat khas tentangnya, Sabtu ini.

Agendadaily melaporkan, taklimat yang melibatkan pemimpin Pas negeri, kawasan dan semua ADUN itu dijadualkan berlangsung di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum ini menerusi ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO awal Disember lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghulurkan ‘salam silaturrahim’ kepada Pas.

Penganalisis politik berpendapat ianya merupakan jemputan rasmi yang dibuat UMNO dan kini terserah kepada Pas untuk menerima atau menolaknya.

Kerjasama politik antara Pas dan Pakatan Pembangkang sebelum ini telah pun gagal dan Pas kini bersendirian selain mengadakan kerjasama sepihak dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor, di mana mereka berkongsi pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, Pas mengadakan taklimat khas bagi menerangkan kerjasama dengan UMNO kepada pemimpin-pemimpin tersebut.

“Taklimat itu akan dihadiri pimpinan pusat, negeri dan wakil rakyat Pas. Kita sekarang ini dalam proses memberi penjelasan tentang pendirian dan apa yang parti nak lakukan dalam menghadapi politik semasa.

“Taklimat ini berkisarkan keadaan dan isu semasa termasuk pendirian parti mengenai isu kerjasama Pas dengan UMNO,” katanya.

Menurutnya lagi, segala keputusan yang akan dibuat adalah hasil perbincangan bersama dan tidak tertakluk kepada keputusan mana-mana individu semata-mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASpolitikUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd