• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azam Baru Yang Selalu Dibuat Oleh Orang Berjaya Setiap Tahun

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI orang akan menetapkan azam apabila tiba tahun baru. Pernahkah kita terfikir apa agaknya azam tahun baru yang dibuat oleh orang-orang berjaya; adakah azam mereka sama seperti kita, atau ada keunikan yang membantu mereka terus berjaya?

Go Banking Rates telah menyenaraikan 9 azam tahun baru yang biasa ditetapkan oleh majoriti orang-orang yang telah berjaya.

Jom baca dan bandingkan dengan azam anda..

1. Nyatakan matlamat, bukan resolusi.

Orang berjaya tak panggil pun azam tahun baru sebagai azam kerana mereka lebih menyukai ianya jadi satu matlamat yang perlu dicapai pada tahun tersebut. Matlamat yang ditetapkan akan dihuraikan dengan lebih spesifik dan memenuhi format SMART iaitu:

  • S = Specific
  • M = Measurable
  • A = Attainable
  • R = Realistic
  • T = Timely

2. Berhenti fikir tentang apa yang difikirkan oleh orang lain.

Sebab utama orang berjaya ialah dia tak ambil berat pasal apa yang orang lain fikirkan kerana mereka tak mahu benda-benda seperti itu (terutama hal negatif) akan menghalang tindakan mereka untuk jadi lebih maju.

Kalau tak maju, tak berjaya. Jadi, mereka akan fokus kepada matlamat berbanding hal sebegitu.

3. Urus masa dengan baik.

Masa adalah emas bagi orang berjaya. Setiap detik itu berharga dan ada menyamakan ia dengan nilai wang. Maka, penting bagi mereka menguruskan masa 24 jam sehari agar hebat dalam kerjaya dan kehidupan.

Disebabkan itu juga, perkataan ‘produktif’ sangat sinonim dengan orang berjaya di mana setiap waktu diletakkan had-had tertentu untuk aktiviti-aktiviti tertentu agar masa tidak terbazir begitu sahaja.

4. Luangkan lebih masa untuk keluarga.

Memang benar orang berjaya sepanjang masa sibuk. Tetapi mereka juga manusia yang memiliki keluarga. Jadi, keseimbangan kerjaya dan keluarga adalah penting dan ia simbol berjaya yang sebenar. Keluarga adalah penyokong dan punca seseorang mahu menjadi orang berjaya. Jangan diabaikan mereka.

5. Ada ruang masa untuk relaks.

Ia adalah masa peribadi bagi orang berjaya. Kebiasaannya waktu sebegini memberi peluang kepada orang berjaya untuk mengecas semula tenaga agar produktiviti dan kreativiti mereka tidak terbatas.

Ruang masa rehat ini dipenuhi dengan aktiviti tidur sebentar, meditasi dan membaca kitab untuk kerohanian.

6. Sihat sebelum sakit.

Orang berjaya tahu kesihatan itu penting dijaga dengan baik. Tanpa kesihatan yang baik dan stabil, segala perancangan dan matlamat akan terganggu kerana ia boleh mengganggu-gugat apa yang telah dan sedang dibangunkan oleh orang berjaya.

Maka, mereka akan fokus menjaga kesihatan secara keseluruhan termasuk kesihatan fizikal, kesihatan mental, dan kesihatan tubuh badan.

7. Hidup terancang dan teratur.

Ini lebih kepada penyediaan persekitaran yang tersusun agar membantu menghindari orang berjaya rasa serabut selepas keletihan bekerja seharian. Persekitaran hidup yang terancang dan teratur ini penting bagi memastikan produktiviti di tahap positif dan memberikan ketenangan dan kejelasan pada pemikiran orang berjaya.

8. Kuasai ilmu atau kemahiran baru.

Orang berjaya adalah orang yang hebat kerana pakar di dalam sesuatu perkara hingga membolehkan mereka mencapai kejayaan. Di samping kepakaran, orang berjaya mempunyai semangat untuk belajar dan kuasai ilmu atau kemahiran baru yang akan memberi nilai tambah di dalam kehiduan mereka.

9. Mencari mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab.

Sebelum seseorang menjadi orang yang berjaya, dia adalah orang biasa yang mahu mencapai keluarbiasaan. Bagi memenuhi matlamat tersebut, orang sebegini akan mencari dan berkawan dengan orang yang telah berjaya.

Bagi mereka yang telah berjaya pula, pembentukan perhubungan dengan mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab akan membantu mereka bukan sekadar menjadi orang berjaya tetapi orang yang hebat.

Kebiasaannya, mentor atau rakan kongsi boleh diperolehi dengan persetujuan meluangkan masa bersama untuk mengerjakan usahasama dan ada juga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sokongan dan tunjuk ajar mereka di dalam bisnes atau bidang profesional.

Ramai orang berjaya sanggup melakukan perkara di atas ini, saban tahun supaya mereka sentiasa berada di jalan yang betul dan menuju ke arah matlamat yang lebih besar. Anda bagaimana? – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sY-nTRG_pYA]

Tags: 2016azambaruberjayaorangtahun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kiswah Baharu Dipamer 20 Ogos Ini

15/08/2018
0

MAKKAH - Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos. Timbalan Pengarah Muzium Senibina dan...

N.Sembilan Dapat SUK, Pegawai Kewangan Baru

11/06/2018
0

KETUA Kluster Pengajian Etika Profesional dan Integriti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr. Razali Ab Malik, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd